AGENDA

MB tertarik gelagat kanak-kanak main sepak takraw, lato-lato

19 Feb 2023, 2:00 AM
MB tertarik gelagat kanak-kanak main sepak takraw, lato-lato
MB tertarik gelagat kanak-kanak main sepak takraw, lato-lato
MB tertarik gelagat kanak-kanak main sepak takraw, lato-lato

KLANG, 19 FEB: Dato' Menteri Besar tertarik melihat gelagat kanak-kanak bermain sepak takraw dan lato-lato pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang semalam.

Bertempat di Padang Bola Kampung Delek, Dato' Seri Amirudin Shari meluangkan masa kira-kira 10 minit beriadah sambil beramah mesra bersama kanak-kanak.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cilik bagi pertandingan sepak takraw selain memenuhi permintaan penduduk yang mahu berswafoto bersamanya.

Untuk info, permainan lato-lato mempunyai dua pemberat yang diikat dengan tali yang mana pemain akan menghayun kedua-dua pemberat itu agar bertembung antara satu sama lain di bawah dan di atas.

[caption id="attachment_567339" align="alignnone" width="745"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyapa pelanggan ketika Jelajah Kita Selangor
Penyayang daerah Klang di Restoran Kukus, Klang pada 18 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Amirudin meluangkan masa hampir setengah jam minum petang di Warung Kukus, Jalan Tepi Sungai untuk menikmati hidangan popular warung tersebut iaitu tongmo bakar.

[caption id="attachment_567340" align="alignleft" width="347"] Penyelia Restoran Kukus, Nur Sharifah Sunandar[/caption]

Penyelia warung Nur Shafirah Sunandar, 27, ketika ditemui berkata pihaknya bangga dan teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri ke gerainya.

"Kami menyajikan makanan 'best seller' antaranya tongmo bakar, ubi rebus, lempeng sambal bilis, teh tarik dan kopi o kepada beliau.

"Harap Yang Amat Berhormat suka dan sudi untuk berkunjung ke sini lagi pada masa akan datang, maaf juga sekiranya ada kekurangan," katanya.

Usai beriadah dan minum petang, Amirudin kemudian menunaikan solat Asar di Masjid Darul Muttaqin, Kampung Sungai Udang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619