PBT

MBPJ tutup jalan, simpang untuk laluan kontra selama tiga bulan mulai 1 Mac

18 Feb 2023, 1:43 PM
MBPJ tutup jalan, simpang untuk laluan kontra selama tiga bulan mulai 1 Mac

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menutup beberapa jalan dan persimpangan ketika pelaksanaan laluan kontra bermula 1 Mac ini.

Penutupan jalan selama tiga bulan (tempoh percubaan) itu bermula dari jam 5 petang hingga 7.30 malam setiap hari kecuali Sabtu, Ahad, cuti umum dan ketika hujan.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ berkata antara jalan dan persimpangan terlibat ialah Persimpangan Jalan Othman–Jalan Templer, Persimpangan Jalan Gasing–Jalan Templer, Persimpangan Jalan Templer–Jalan 6/29 dan setiap bukaan median di Jalan Templer.

Menurutnya penutupan jalan dan simpang itu hanya dibuat ketika pelaksanaan laluan kontra sahaja.

"Kenderaan dari arah Jalan Gasing untuk ke Jalan Othman atau kawasan Melayu perlu melalui Jalan Changgai 6/22 atau melalui Jalan Anak Gasing 6/5-Jalan Tinggi 6/12–Jalan Selangor.

"Kenderaan dari arah Jalan Othman ke Lebuhraya Pantai Baru (NPE) perlu membuat pusingan U di Bulatan Assunta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya pengguna jalan raya dari arah Pusat Bandar Petaling Jaya, Seksyen 52/ Lebuhraya Persekutuan boleh menggunakan laluan kontra ini untuk pemanduan lebih lancar.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu berhati-hati dan mematuhi papan tanda yang disediakan di lokasi.

"Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Unit Lalu Lintas, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221 atau e-mel jabatankejuruteraan@mbpj.gov.my," kata kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619