AGENDA

PM: Bangkit perbaharui tekad, umat Islam diseru hayati peristiwa Israk Mikraj

18 Feb 2023, 5:15 AM
PM: Bangkit perbaharui tekad, umat Islam diseru hayati peristiwa Israk Mikraj
PM: Bangkit perbaharui tekad, umat Islam diseru hayati peristiwa Israk Mikraj

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam memperbaharui tekad dan menginsafi ibrah daripada pengalaman Nabi Muhammad SAW melalui  peristiwa Israk dan Mikraj untuk bangkit lebih bertenaga, memulih maruah dan meningkatkan martabat rakyat.

Mengenang peristiwa agung berkenaan, Perdana Menteri juga menyeru umat Islam agar memperteguhkan akidah dan akhlak terlebih dahulu sebelum tampil dalam memikul kewajiban lebih rumit melibatkan kebajikan rakyat dan negara.

Dalam hantaran di Facebooknya, beliau turut menyingkap sedikit sejarah peristiwa luar biasa dilalui Rasulullah pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 kerasulan Baginda.

Anwar berkata peristiwa itu merupakan suatu permusafiran ruhaniyyah yang dihadiahkan Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW tatkala baginda diuji berat dengan pemergian isteri Sayidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.

“Maruah dihina dalam episod getir di Taif hampir menjatuhkan semangat junjungan Baginda, namun ternyata kembali pulih sepulangnya Rasulullah dari Sidratul Muntaha, sambil menggalas amanah baharu untuk membebaskan umat daripada belenggu kejahilan.

“Maka, bermulalah kewajiban solat lima waktu selaku tonggak perhubungan abadi antara hamba dengan Penciptanya,” katanya.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619