AGENDA

Penjawat awam Selangor disaran utamakan rakyat, profesional

18 Feb 2023, 2:33 AM
Penjawat awam Selangor disaran utamakan rakyat, profesional

SHAH ALAM, 18 FEB: Penjawat awam di Selangor disaran memberi perkhidmatan yang mengutamakan rakyat, bersikap profesional dan berintegriti seiring dengan konsep Malaysia Madani.

Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Negeri Dato' Johary Anuar berkata perkara itu perlu diterjemahkan dengan beberapa penambahbaikan sistem pengurusan, pembangunan dan proses kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Semangat dan komitmen penjawat awam merupakan tonggak utama bagi menterjemahkan pelaksanaan dasar kerajaan dan negeri melalui penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.

"Justeru, untuk ke arah itu empat teras utama yang perlu ditumpukan adalah membina semula ekonomi, menjamin kesejahteraan insan, reformasi institusi demokrasi dan mewujudkan pentadbiran beramanah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Bandaraya Subang Jaya 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam. Turut hadir Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Che Ali.

Terdahulu, Johary turut menyampaikan anugerah kepada 117 penerima APC termasuk meraikan 19 pesara yang berkhidmat lebih 25 tahun.

Pengiktirafan khas juga diberi menerusi tiga anugerah tambahan iaitu Anugerah Khas Datuk Bandar, Anugerah Khas Inovasi dan Anugerah Khas Sukan yang membawa nama MBSJ sehingga ke peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619