ad
AGENDA

'Tiada masalah bawa beg sendiri ketika beli barang di jualan PKPS'

15 Feb 2023, 8:28 AM
'Tiada masalah bawa beg sendiri ketika beli barang di jualan PKPS'
'Tiada masalah bawa beg sendiri ketika beli barang di jualan PKPS'
'Tiada masalah bawa beg sendiri ketika beli barang di jualan PKPS'
'Tiada masalah bawa beg sendiri ketika beli barang di jualan PKPS'

SUBANG JAYA, 15 FEB: Pengunjung program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menyambut baik kempen bebas plastik oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Suri rumah, Markhamah Sulaiman, 74, berkata beliau tiada masalah dengan ketetapan baharu itu memandangkan sudah lama pasar raya besar melaksanakan kaedah sama sejak dulu.

[caption id="attachment_566669" align="alignleft" width="345"] Markhamah Sulaiman[/caption]

"Memang dalam hebahan di WhatsApp sudah diberitahu perlu bawa beg sendiri, jadi kita bawalah. Orang sudah bantu beritahu, kita berilah kerjasama. Di rumah pun banyak beg pakai buang.

"Pembelian di sini memang murah, jadi tidak kisahlah kena bawa beg sendiri pun, saya sudah cukup bersyukur dapat beli barangan makanan pada harga murah," katanya pada program di pekarangan Surau Ar-Ridhuan, Taman Puchong Permai hari ini.

Seorang lagi suri rumah, M Yuvaneswari, 50, berkata beliau bersama jiran membawa troli bagi memudahkan mereka mengangkut barang setelah selesai membeli.

[caption id="attachment_566666" align="alignnone" width="792"] M Yuvaneswari (kiri) yang membawa troli membantu jiran membawa pulang barangan yang di beli pada Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Seri Serdang di Taman Puchong Permai pada 15 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Sudah dimaklumkan beg plastik tidak disediakan bagi barangan selain barang basah, jadi kami ambil keputusan bawa troli ini supaya dapat angkat bersama-sama.

"Saya seronok membeli di sini kerana barangnya segar dan berkualiti walaupun dijual pada harga murah, jadi penjimatan itu boleh disalurkan kepada perbelanjaan sekolah anak," katanya.

[caption id="attachment_566670" align="alignright" width="346"] Sofia Aida anak Luang[/caption]

Manakala Sofia Aida anak Luang, 26, berkata beliau yang berasal dari Kapit, Sarawak teruja dengan inisiatif Kerajaan Selangor membantu rakyatnya.

"Ini kali pertama saya datang, sebelum ini beli barang bulanan di pasar raya, beli ayam dan telur saja sudah lebih RM30, tapi di JER dengan jumlah itu dapat tiga barang iaitu ayam, daging dan telur sudah pasti sangat berbaloi," katanya.

Selain di DUN Seri Serdang, JER turut diadakan di lapan lokasi lain hari ini iaitu Sijangkang, Sungai Kandis, Sementa, Semenyih, Hulu Kelang, Sungai Panjang, Sabak dan Sungai Air Tawar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.