AGENDA

KKM tidak tetapkan kod pakaian di premis kesihatan kerajaan

15 Feb 2023, 8:22 AM
KKM tidak tetapkan kod pakaian di premis kesihatan kerajaan

SHAH ALAM, 15 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menetapkan kod pemakaian untuk orang awam atau pesakit yang menerima rawatan di premis kesihatan kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menganggap perkara itu bukan kebimbangan utama dan tidak perlu dijadikan isu terutama dalam kes kecemasan, lapor Berita Harian.

"Pakaian tiada isu. Kalau kecemasan atau datang hospital tidak ada isu pakaian. Tetapi kalau kita nak pergi tempat-tempat agama contohnya masjid, kuil dan sebagainya mungkin ada isu pemakaian.

"Jadi kita telah pun membawa perkara ini, contohnya bila orang sakit datang ke hospital dia nak rawatan. Timbul sedikit kebimbangan yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali," katanya.

Beliau yang ditemui pada program Inisiatif Pembedahan Global di Pusat Perubatan Subang Jaya hari ini menambah teguran akan diberikan kepada pihak berkaitan jika isu sama berulang.

Sejak tahun lalu, tular isu orang ramai terutama waris yang mendakwa pernah dihalang pengawal keselamatan untuk melawat ahli keluarga di wad kecemasan akibat pemakaian tidak sesuai.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619