AGENDA

Program jualan murah jimatkan belanja B40, ringan beban keluarga anak ramai

14 Feb 2023, 10:10 AM
Program jualan murah jimatkan belanja B40, ringan beban keluarga anak ramai
Program jualan murah jimatkan belanja B40, ringan beban keluarga anak ramai
Program jualan murah jimatkan belanja B40, ringan beban keluarga anak ramai
Program jualan murah jimatkan belanja B40, ringan beban keluarga anak ramai

Oleh SHAMZ JOHAN

KLANG, 14 FEB: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Taman Sri Andalas di sini hari ini memberi banyak manfaat kepada keluarga kurang berkemampuan ataupun B40.

Seorang pekerja pembersihan dengan pendapatan hanya RM600 sebulan teruja dengan program jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu.

"Suami sakit buah pinggang. Saya pula pekerja pembersihan separuh masa, dengan gaji RM600 memang tak mampu beli keperluan di luar (pasar raya).

[caption id="attachment_566452" align="alignnone" width="500"] K Jaya Letchumi. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI[/caption]

"Saya percaya masih ramai lagi keluarga lebih susah daripada saya dan memerlukan inisiatif seperti ini," kata K Jaya Letchumi, 50, yang mahu program JER diadakan lebih kerap.

Suri rumah Hajrah Kadir, 43, mahu lokasi program ditambah bagi memberi peluang lebih ramai penduduk mendapatkan barangan murah.

"Jualan murah seperti ini terutama ayam, beza harganya sehingga RM 10 seekor dapat meringankan beban kami. Kita mahu lokasi program ditambah agar lebih banyak penduduk dapat mengambil kesempatan.

[caption id="attachment_566453" align="alignnone" width="500"] Hajrah Kadir. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kesihatan suami tidak berapa baik akibat penyakit asma, selain perlu menyediakan perbelanjaan sekolah anak-anak, kos perubatan dan ke hospital juga perlu ditanggung kami sekeluarga," katanya yang turut mengakui isu harga barang mahal menjadi masalah utama.

Pesara polis, Khir Sulaiman, 65, memuji usaha Kerajaan Negeri menyantuni penduduk dengan program jualan murah ini.

[caption id="attachment_566454" align="alignnone" width="500"]
Khir Sulaiman. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI[/caption]

"Dengan harga mahal dan kos hidup meningkat, jualan murah sangat membantu. Semua orang susah dan terbeban dengan masalah (harga barang) sekarang, jadi kita bersyukurlah dengan usaha dan langkah Kerajaan Negeri membantu rakyat," katanya.

Lebih 500 penduduk berkunjung ke program tersebut yang menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 per pek), minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619