AGENSI

Yide hulur RM500, barang keperluan kepada mangsa kebakaran di Paya Jaras

14 Feb 2023, 4:11 AM
Yide hulur RM500, barang keperluan kepada mangsa kebakaran di Paya Jaras

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 14 FEB: Tiga keluarga mangsa kebakaran di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh pada 10 Februari menerima sumbangan RM500 setiap keluarga daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) semalam.

Kesemua mereka turut menerima pek kasih Yide yang mengandungi barangan keperluan harian yang disampaikan Eksekutif Kebajikan Yide Muhammad Zubair Azizan .

"Alhamdulillah Yide telah menyerahkan infaq dana musibah kepada golongan sasar yang telah disalurkan orang awam. Terima kasih kepada yang telah menyalurkan infaq dana musibah,’’ kata Yide di Facebook.

Kebakaran kira-kira jam 5 petang yang melibatkan tiga kediaman memusnahkan harta benda termasuk kelengkapan perabot, barang niaga dan motosikal.

Kesemua tiga keluarga yang terdiri daripada 15 orang itu kini berteduh di pusat pemindahan sementara Balai MPKK Paya Jaras.

Sehubungan itu Yide mengalu-alukan orang ramai yang ingin membantu mangsa musibah agar melaksanakan Infaq di pautan pay.infaqyide.com.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619