AGENSI

Mais agih barangan dapur, ringan beban lebih 500 keluarga

13 Feb 2023, 8:58 AM
Mais agih barangan dapur, ringan beban lebih 500 keluarga

SHAH ALAM, 13 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan sumbangan fidyah berjumlah RM82,140 kepada 555 keluarga kurang berkemampuan sekitar Petaling dan Sepang.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan agihan bantuan kotak makanan kering bernilai RM148 setiap keluarga bertujuan meringankan beban penerima yang layak.

"Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk coklat milo, kari ayam siap dimasak dan biskut menggunakan peruntukan Fidyah Mais.

"Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua," menurut kenyataan itu.

Agihan melibatkan kerjasama 11 rakan strategik Mais antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Lanjut.

Turut terlibat SK Bandar Baru Salak Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Baru Salak Tinggi, SK Bukit Bangkong, SK Seksyen 9 dan SMK Puchong.

Orang ramai yang mahu membayar fidyah boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619