PBT

Hari Shah Alam tanpa kenderaan meriah, lebih 3,000 pengunjung hadir, sertai pelbagai program

12 Feb 2023, 5:33 AM
Hari Shah Alam tanpa kenderaan meriah, lebih 3,000 pengunjung hadir, sertai pelbagai program
Hari Shah Alam tanpa kenderaan meriah, lebih 3,000 pengunjung hadir, sertai pelbagai program

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 12 FEB: Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Citrawarna di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini dihadiri lebih 3,000 pengunjung.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata program bulanan anjurannya sentiasa dinanti orang ramai berikutan menyediakan pelbagai aktiviti.

Shahrin Ahmad berkata sempena program itu juga MBSA dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menganjurkan program ‘IMR 123 Fun Run’.

“Fun Run sejauh lima kilometer dari dataran melalui pusat bandar raya ini menjadi tumpuan apabila disertai lebih 1,500 peserta daripada pelbagai lapisan umur dan kaum.

“Inisiatif kita adakan program ini bertujuan beri ruang penduduk Shah Alam dan kawasan sekitar adakan aktiviti riadah dan rekreasi pada hujung minggu bersama keluarga.

“Selain sasaran bandar raya rendah karbon menjelang 2030, MBSA lihat program sebegini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan selaras aspirasi masyarakat madani dengan wujudkan suasana masyarakat harmoni serta keluarga sejahtera dan bahagia,” katanya ketika ditemui hari ini.

[caption id="attachment_565901" align="aligncenter" width="691"] Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni (dua dari kiri) diiringi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Dr Nor Fuad Abdul Hamid merasmikan pelepasan larian ‘IMR 123 Fun Run’ sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam pada 12 Februari 2023. Foto Ihsan MBSA[/caption]

Mengulas lanjut, Shahrin berkata MBSA adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini mempelopori program hari tanpa kenderaan sejak 2018.

Katanya program yang masuk tahun kelima penganjuran menyaksikan sambutan menggalakkan daripada orang ramai setiap kali dianjurkan pada Ahad minggu kedua setiap bulan.

Berlangsung dari jam 7.30 pagi, program turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti kayuhan santai, senamrobik, persembahan tarian kebudayaan, persembahan silat, angklung, cabutan bertuah, kuiz dan memanah.

Turut diadakan aktiviti khusus untuk kanak-kanak seperti ‘inflatable baloon’, ‘petting zoo’, wayang pacak selain perkhidmatan Shah Alam on Wheels, perpustakaan bergerak, pameran cari dan musnah Aedes.

Selain itu, orang ramai turut berpeluang membuat saringan kesihatan percuma selain menyertai pameran kerjaya yang disediakan McDonalds bertujuan memberi peluang kepada belia mencari pekerjaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619