AGENDA

EXCO: Pameran udara negeri tahun ini dijangka terima lebih banyak penyertaan

10 Feb 2023, 7:57 AM
EXCO: Pameran udara negeri tahun ini dijangka terima lebih banyak penyertaan
EXCO: Pameran udara negeri tahun ini dijangka terima lebih banyak penyertaan
EXCO: Pameran udara negeri tahun ini dijangka terima lebih banyak penyertaan

SHAH ALAM, 10 FEB: Pameran Udara Selangor (SAS) tahun ini diramal menarik lebih banyak penyertaan syarikat penerbangan dan pengunjung sekali gus memerlukan ruang besar bagi mempamerkan pesawat.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim yakin pihaknya dapat menguruskan penganjuran pameran kali ketiga khususnya bagi menampung kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Program bakal berlangsung di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC), Subang dengan saiz lebih besar berbanding dua penganjuran terdahulu.

“Bagaimanapun lokasi agak terhad kerana kita memerlukan ruangan besar. Kita yakin mampu menguruskannya. Kita akan pastikan banyak pesawat dapat dipamerkan,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_539437" align="aligncenter" width="749"] Pengunjung merakam gambar sempena Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 10 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Bermula 2021, Kerajaan Negeri menganjurkan SAS bagi mengalakkan pertumbuhan sektor aeroangkasa selain menyediakan platform kepada syarikat tempatan serta usahawan industri kecil dan sederhana meneroka bidang itu.

Usaha menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Aeroangkasa yang dikendalikan Pejabat Koordinasi Industri Angkasa Selangor Darul Ehsan (S-DAICO) itu juga seiring dengan sasaran negeri sebagai pemain utama aeroangkasa menjelang 2030.

Penganjuran tahun lalu yang berlangsung 8 hingga 10 September mencatat potensi nilai transaksi sebanyak RM1.174 bilion manakala SAS 2021 yang julung kali diadakan merekodkan RM100 juta.

[caption id="attachment_497484" align="aligncenter" width="741"] Juruteknik Prima Air, Faizal Mohamad, 40, (kanan) menerangkan kepada pengunjung fungsi peralatan di dalam kapal terbang ketika Pameran Udara Selangor (SAS) 2021 di Pusat Penerbangan Serantau Skypark, Subang pada 27 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619