ADN

DUN Balakong anjur festival promosi pelancongan perindustrian 12 Mac

9 Feb 2023, 11:51 PM
DUN Balakong anjur festival promosi pelancongan perindustrian 12 Mac

OLEH AZIAN AZIZ

KAJANG, 10 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong akan menganjurkan Festival Balakong Industrial Culture and Art (BICA) di Dataran C180, Cheras dekat sini pada 12 Mac ini.

Wakil rakyat Wong Siew Ki berkata pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai sepanjang BICA yang bermula pukul 9.30 pagi hingga 5 petang antaranya gerai jualan, pertandingan tarian K-pop, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan zumba.

"BICA diadakan bertujuan mempromosikan pelancongan perindustrian di Balakong kepada orang ramai. Setakat ini sebanyak sembilan kilang dan 60 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) telah mendaftar untuk membuka gerai jualan.

"Antaranya kilang menghasilkan kicap, kuali dan syampu serta peniaga IKS yang membuat kraftangan, baju, barang kemas dan makanan," katanya ketika ditemui dalam Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Balakong di Surau Al-Amin, Taman Cheras Prima, di sini semalam.

Menurut Siew Ki pihaknya menjangkakan kehadiran kira-kira 5,000 orang termasuk peserta, penduduk Balakong dan kawasan sekitarnya.

"Bagi pertandingan tarian K-pop penyertaan masih dibuka dan setakat ini 10 kumpulan telah mendaftar.

"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Balakong di nombor 03-9076 0331," tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619