AGENDA

EXCO: Lesen penjaja disemak semula, elak individu sama daftar semua PBT

9 Feb 2023, 2:14 PM
EXCO: Lesen penjaja disemak semula, elak individu sama daftar semua PBT
EXCO: Lesen penjaja disemak semula, elak individu sama daftar semua PBT

SHAH ALAM, 9 FEB : Kerajaan Negeri menyelaras semula lesen penjaja semua pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas siasatan mendapati terdapat individu yang sama memiliki banyak lesen.

EXCO pembangunan usahawan berkata tindakan tersebut bagi mengelak amalan monopoli yang boleh menjejaskan peluang individu lain untuk mendapat lesen penjaja.

Maklum Rodziah Ismail, semakan mendapati 77 peratus daripada 90,000 lesen dikeluarkan semua PBT didaftarkan di bawah satu nama dan berniaga di pelbagai lokasi sekitar negeri ini.

"Baki 23 peratus daripada jumlah lesen tersebut pula didaftarkan di bawah satu nama dan berniaga di satu tempat dalam lokasi seliaan PBT yang mereka daftar.

"Kadang seorang peniaga pegang sampai 30 (lesen perniagaan) tapi nama (yang didaftarkan) hanya satu. Bila kita gandingkan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, kita tahu sebenarnya mereka berniaga di banyak tempat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Rangkaian DPU Sdn Bhd dengan Persatuan Penjaja dan Perniagaan Kecil Melayu Selangor di Hotel De Palma, dhari ini.

Rodziah turut meminta semua PBT memantau perkara tersebut bagi mengelakkan isu ‘ali baba’, iaitu lesen yang diberi digunakan oleh pihak lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619