AGENDA

Mangsa banjir di Pahang, Johor menurun, Terengganu, Kedah kekal

8 Feb 2023, 10:02 AM
Mangsa banjir di Pahang, Johor menurun, Terengganu, Kedah kekal

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Johor merekodkan penurunan petang ini manakala Terengganu dan Kedah kekal, menjadikan jumlah terkini mangsa seramai 2,369 orang berbanding 2,866 pagi tadi.

Di Pahang, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan keadaan banjir di Pekan pulih sepenuhnya selepas empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu ditutup dan 119 orang yang ditempatkan di semua PPS itu dibenarkan pulang ke kediaman mereka tengah hari tadi.

Selain itu, mangsa banjir di Kuantan juga semakin berkurangan tengah hari tadi dengan 2,188 orang daripada 666 keluarga masih berada di 13 PPS berbanding 2,678 orang di 16 PPS pagi tadi.

Di Johor, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 26 orang setakat 4 petang ini, berbanding 33 orang pagi tadi dengan kesemua yang terdiri daripada sembilan keluarga itu berlindung di PPS Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

Kesemua PPS di Mersing ditutup sekali gus menjadikan hanya daerah Segamat masih terjejas bencana itu.

Di Kedah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad memaklumkan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Agama Madrasah Insaniah Jangkang, Kulim kekal 18 orang setakat 2 petang.

Kesemua mereka terdiri daripada enam keluarga dari Kampung Padang Limau.

Di Terengganu, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Kemaman kekal 18 orang daripada enam keluarga petang ini yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619