AGENSI

PKPS mohon kerjasama wakil rakyat saran pengunjung jualan murah bawa beg sendiri

8 Feb 2023, 9:47 AM
PKPS mohon kerjasama wakil rakyat saran pengunjung jualan murah bawa beg sendiri
PKPS mohon kerjasama wakil rakyat saran pengunjung jualan murah bawa beg sendiri
PKPS mohon kerjasama wakil rakyat saran pengunjung jualan murah bawa beg sendiri
PKPS mohon kerjasama wakil rakyat saran pengunjung jualan murah bawa beg sendiri

Oleh AZIAN AZIZ

AMPANG JAYA, 8 FEB: Kesedaran orang ramai untuk membawa beg sendiri ketika berbelanja di jualan murah kelolaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) masih rendah.

Pegawai Jelajah Ehsan Rakyat berharap wakil rakyat membantu pihaknya menguar-uarkan kepada penduduk untuk membawa beg sendiri sekali gus menjayakan kempen bebas plastik.

[caption id="attachment_565100" align="aligncenter" width="715"] Pegawai Jelajah Ehsan Rakyat PKPS, Samsiyah Samsudin[/caption]

"Hari ini contohnya, hanya dua pembeli yang membawa beg sendiri untuk mengisi barang yang dibeli dan kita jangkakan mereka belum tahu mengenai saranan kita itu.

"Jadi kita minta wakil rakyat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri bantu hebahkan perkara ini,” kata Samsiyah Samsudin ketika ditemui di Jelajah Ehsan Rakyat DUN Teratai Jalan Bunga Melur, Lembah Maju hari ini.

[caption id="attachment_565055" align="aligncenter" width="733"] Orang ramai mendapatkan barang keperluan asas pada harga murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Teratai di Taman Lembah Maju, Ampang Jaya pada 8 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Jualan yang bermula 10 pagi dihadiri hampir 300 penduduk bagi mendapatkan barangan keperluan asas dengan bekalan telur, ayam dan beras habis dijual.

"Hari ini kita benarkan pembelian berulang dengan semua barangan boleh dibeli dua unit kecuali telur,’’ katanya.

Pada 5 Februari lalu, PKPS melalui hantaran di Facebook menyarankan pengunjung Jelajah Ehsan Rakyat membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli bagi menyokong kempen bebas beg plastik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619