AGENDA

Skim air percuma dibuka mulai hari ini untuk penduduk Selangor 

6 Feb 2023, 7:59 AM
Skim air percuma dibuka mulai hari ini untuk penduduk Selangor 

[video width="640" height="640" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Video-2023-02-06-at-3.31.14-PM.mp4"][/video]

SHAH ALAM, 6 FEB: Penduduk di negeri ini boleh memohon skim air percuma 20 meter padu sebulan menerusi Skim Air Darul Ehsan (SADE) hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Twitter turut berkongsi video langkah pendaftaran dengan melayari www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan.

Pada Ogos tahun lalu, Dato' Menteri Besar memaklumkan kira-kira 100,000 lagi akaun pengguna bakal menikmati skim berkenaan dengan kos lebih RM30 juta ditanggung sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata setakat Oktober 2022, lebih 300,000 akaun pengguna menikmati skim berkenaan dengan pendaftaran masih terbuka kepada penduduk Selangor sehingga 31 Disember 2024.

Menurutnya had minimum pendapatan yang layak menerima manfaat insentif tersebut dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.

Syarat kelayakan meliputi pemohon mestilah warganegara Malaysia, premis kediaman jenis meter individu dan hanya untuk satu akaun sahaja.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619