AGENDA

Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi di Turkiye setakat ini

6 Feb 2023, 7:24 AM
Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi di Turkiye setakat ini

PUTRAJAYA, 6 FEB: Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda wilayah Kahramanmaras, Turkiye awal Isnin setakat ini.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan ringkas dikongsi melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.

"Setakat ini, misi kami belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi itu," menurut kenyataan itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi melalui talian +(90) 312 4463547/ 48 atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwankara@kln.gov.my. Sementara itu, Konsulat Jeneral di Istanbul boleh dihubungi melalui talian +(90) 212 9891001/ 09 atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwistanbul@kln.gov.my.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 4.17 pagi Isnin.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter.

Negara jiran Syria turut terjejas dengan 237 orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 639 cedera akibat gegaran kuat melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619