AGENDA

JPS: Amaran banjir di Kuantan dan Rompin, penduduk diminta waspada

6 Feb 2023, 5:52 AM
JPS: Amaran banjir di Kuantan dan Rompin, penduduk diminta waspada

KUANTAN, 6 FEB: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di daerah Kuantan dan Rompin, yang diramal boleh berlaku hari ini jika hujan yang signifikan terus berlaku di Pahang.

Bagi Kuantan, lokasi dijangka banjir melibatkan lembangan Sungai Kuantan iaitu Kampung Batu 6, Kampung Sungai Caru, Kampung Panching, Kampung Pasir Kemudi dan kawasan sekitar.

Di Rompin pula, kawasan diramal banjir ialah Kampung Perwira Jaya, Felda Selancar dan kawasan sekitarnya yang melibatkan lembangan Sungai Rompin.

"Banjir dijangka bermula pada 12.30 tengah hari 6 Feb. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan," menurut JPS menerusi kenyataan hari ini.

JPS menyatakan amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.

Orang ramai juga boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut berkaitan banjir.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiga sungai di Kuantan telah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Lembing, Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Belat di Sri Damai.

Laman media sosial Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan pula melaporkan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Simpang Sentoria di Gambang ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air setakat tengah hari ini.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619