ADN

DUN Kajang pergiat hebahan sasar lebih ramai penduduk daftar skim perlindungan insurans percuma

6 Feb 2023, 5:43 AM
DUN Kajang pergiat hebahan sasar lebih ramai penduduk daftar skim perlindungan insurans percuma
DUN Kajang pergiat hebahan sasar lebih ramai penduduk daftar skim perlindungan insurans percuma

HULU LANGAT, 6 FEB: Program hebahan terus dipergiat bagi memastikan lebih ramai penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menikmati manfaat perlindungan insurans percuma.

Wakil rakyatnya Hee Loy Sian menjelaskan masih ramai penduduk di kawasan terbabit belum mengetahui Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang ditawar Kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, beliau berkata pendaftaran polisi insurans kemalangan diri itu bertambah dari semasa ke semasa sejak dibuka Oktober tahun lalu.

“Kita akan buat lebih banyak lagi program hebahan dan iklan supaya rakyat benar-benar faham skim berkenaan seterusnya membuat pendaftaran.

[caption id="attachment_564733" align="aligncenter" width="714"] EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berucap merasmikan Pesta Budaya dan Warisan Chap Goh Mei Kajang di Jalan Mendaling, Kajang pada 5 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Tetapi setakat ini individu mendaftar memang ramai dan menggalakkan. Kalau boleh kita menyasarkan semua yang layak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pada Pesta Budaya dan Warisan Cap Goh Mei Kajang di Jalan Mendaling dekat sini semalam.

Dilaksana agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, INSAN ditawar kepada enam juta rakyat negeri ini yang berusia 30 hari hingga 80 tahun.

Syarat kelayakan pemohon adalah pemegang kad pengenalan atau My Kid beralamat di Selangor, kad pengenalan kod Selangor atau pengundi di Selangor.

Pendaftaran melalui aplikasi Wavpay yang boleh dimuat turun di AppStore, Google Play atau Huawei App Gallery dan untuk maklumat lanjut, layari programinsan.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619