AGENDA

Minuman keras bernilai lebih RM200,000 dirampas, dua lelaki ditahan

6 Feb 2023, 1:09 AM
Minuman keras bernilai lebih RM200,000 dirampas, dua lelaki ditahan

SHAH ALAM, 6 FEB: Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak bercukai bernilai RM269,086 di kawasan Taman Chi Liung, Pandamaran, 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata tangkapan terhadap dua lelaki berusia 25 tahun itu dilakukan jam 5 petang apabila Unit Risikan Marin, Pelabuhan Klang menjalankan rondaan di kawasan itu.

“Semasa rondaan dijalankan, pihak polis terserempak dengan sebuah lori dan ketika itu kedua-dua lelaki berkenaan sedang memunggah kotak untuk disimpan di sebuah gudang.

"Polis merampas 317 botol dan 7,560 tin pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak bercukai. Keseluruhan nilai harga barang rampasan RM269,086.08,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan itu, Cha berkata Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan menahan reman kedua-dua lelaki berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619