AGENSI

IBDE anjur bengkel penterjemahan, persediaan terbit 20 siri kitab karangan Imam al-Ghazali

5 Feb 2023, 12:30 PM
IBDE anjur bengkel penterjemahan, persediaan terbit 20 siri kitab karangan Imam al-Ghazali

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 FEB: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menganjurkan bengkel penterjemahan Ihya Ulumuddin selama dua hari sejak 3 Februari di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Ketua Pengarangnya Al Mustaqeem Mahmod Radhi berkata bengkel yang disertai beberapa panel penilai merupakan persediaan pihaknya sebelum memulakan kerja penterjemahan karya agung Imam al-Ghazali.

"Dua panel penilai Ihya yang menyertai bengkel memberi nasihat mengenai istilah yang perlu diberi perhatian selain penyeragaman tulisan.

"Mereka ialah Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman dan Pensyarah Pusat Bahasa dan Pengajian Asas Universiti Sultan Azlan Shah Azmi Ahmad,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Turut menyertai bengkel, Mohamad Hilmi Marjunit dan Zahid M Naser selaku penterjemah dan kakitangan IBDE

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya termasuk kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali mulai tahun ini.

Kitab karangan ulama tersohor itu bakal diterbitkan dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Terjemahan juga meliputi antaranya Kimya al-Saadah karya Abu Hamid al-Ghazali dan Masalih al-Anfus (Abu Zayd al-Balkhi), Risalat Zam al-Lazzati ad-Dunya (Fakhruddin al-Razi), Saidina Umar al-Faruq (Abbas Mahmoud al-Aqqad).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619