AGENDA

Negeri bina pusat aktiviti warga emas depani kadar hayat meningkat

5 Feb 2023, 3:00 AM
Negeri bina pusat aktiviti warga emas depani kadar hayat meningkat

Oleh AZIAN AZIZ

SELAYANG, 5 FEB: Pembinaan Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) di Jalan Laksamana di sini merupakan persediaan Kerajaan Negeri mendepani kadar peningkatan hayat.

Dato’ Menteri Besar berkata pembinaan pusat itu diputus selepas mendengar pembentangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Dato’ Seri Ali Zakri ketika mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Dapatan pertama beliau ialah Selangor akan berdepan dengan 'aging society' iaitu masyarakat yang semakin menua dengan kadar hidup atau hayat yang meningkat.

"Beliau membentangkan, pada 2008 purata kadar hayat penduduk di Selangor ialah sekitar 63 hingga 65 tahun tetapi pada 2018 kadar hayat itu meningkat kepada 75 tahun, maknanya berlaku peningkatan hayat sebanyak 10 tahun antara 2008 hingga 2018," kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Terdahulu beliau menyempurnakan upacara pecah tanah Pawe di Jalan Raintree, Taman Raintree, Batu Caves.

Pusat itu bakal mempunyai pelbagai kemudahan seperti ruang belajar, dewan, surau, mini perpustakaan, tandas, pantri, parkir kenderaan dan ruang selain kawasan bercucuk tanam.

Amirudin menambah pembinaan bangunan yang menelan kos RM2.5 juta itu dijangka siap dalam tempoh sembilan bulan.

"Kita bina Pawe ini untuk warga emas kerana mereka ini yang telah bersara mempunyai jangka hayat antara 15 tahun hingga 25 tahun ke depan. Mereka ini juga berkerjaya, ada perniagaan dan mempunyai kemahiran.

"Jadi mereka ini boleh bertemu rakan-rakan di Pawe… nak jadikan kedai kopi atau masjid atau nak lakukan aktiviti-aktiviti lain di samping mereka juga dapat bermasyarakat dan menyumbang apa yang mereka fikirkan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619