ADN

DUN Sentosa anjur pertandingan video TikTok hapus aedes, tawar hadiah RM500

3 Feb 2023, 3:55 AM
DUN Sentosa anjur pertandingan video TikTok hapus aedes, tawar hadiah RM500
DUN Sentosa anjur pertandingan video TikTok hapus aedes, tawar hadiah RM500

SHAH ALAM, 3 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menganjurkan pertandingan video TikTok #dunsentosabebasdenggi yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM500.

Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata pertandingan berlangsung sehingga 8 Februari ini terbuka kepada warga DUN tersebut dengan peserta perlu merakamkan video kreatif berdurasi satu minit bertemakan 'hapuskan aedes'.

Pemenang tempat pertama menerima RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200) selain hadiah misteri turut menanti 50 penyertaan terawal.

"Pertandingan ini adalah inisiatif Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) Sentosa untuk melibatkan komuniti dalam mencegah wabak denggi," katanya di Facebook.

Beliau berkata rakaman video berkenaan harus mengutamakan kebersihan tempat yang berisiko menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

"Penyertaan daripada semua bahasa termasuk Melayu, Tamil, Cina atau Inggeris dialu-alukan. Sila Hantar penyertaan di: https://wa.me/qr/JAHB73OPTNL7I1," katanya.

Menurut Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, Selangor mencatat kes denggi tertinggi berbanding negeri lain dengan 5,473 kes dari 1 Januari hingga semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619