AGENDA

Penduduk lega jejambat Bandar Saujana Putra siap Disember

2 Feb 2023, 3:18 PM
Penduduk lega jejambat Bandar Saujana Putra siap Disember
Penduduk lega jejambat Bandar Saujana Putra siap Disember
Penduduk lega jejambat Bandar Saujana Putra siap Disember
Penduduk lega jejambat Bandar Saujana Putra siap Disember

KUALA LANGAT, 2 FEB: Penduduk Bandar Saujana Putra menzahirkan kelegaan dengan perkembangan terbaharu pembinaan jejambat di kawasan berkenaan yang dijangka siap Disember ini.

Wakil jawatankuasa perhubungan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7 Kuala Langat, Shamsuddin Salleh berkata perkembangan terbaharu daripada EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim hari ini menghilangkan kegusaran mereka.

[caption id="attachment_564038" align="aligncenter" width="500"] Shamsuddin Salleh. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Alhamdulillah kami daripada penduduk sangat lega dengan info daripada EXCO memaklumkan Disember ini akan siap dengan pemantauan bulanan serta peruntukan tambahan.

"Program hari ini juga banyak menjawab isu berlaku selama ini (punca kelewatan) dan berikan nafas baharu kepada kami yang perlu menghadapi kesesakan lalu lintas saban hari," katanya ditemui.

Menurutnya kesesakan teruk berlaku ketika waktu puncak iaitu dari jam 6 hingga 9 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam menyebabkan ada terperangkap sehingga satu jam setengah dalam trafik.

[caption id="attachment_564039" align="aligncenter" width="739"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim (dua kiri) melawat tapak pembinaan jejambat Bandar Saujana Putra di Persiaran Saujana Putra pada 2 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Izham ketika sesi lawatan ke tapak pembinaan jejambat itu hari ini mengumumkan pembinaan jejambat bagi menyuraikan trafik di Bandar Saujana Putra dijangka siap pada Disember ini membabitkan kos keseluruhan RM65 juta.

Pembinaan jejambat sepanjang 815 meter menghubungkan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuh Raya Klang Selatan (SKVE) yang mengalami kelewatan dimulakan semula selepas isu berkaitan pengalihan utiliti di bawah permukaan jalan raya dan kerjasama dengan pihak lebuh raya selesai.

[caption id="attachment_564040" align="aligncenter" width="727"] Tapak pembinaan jejambat Bandar Saujana Putra di Persiaran Saujana Putra pada 2 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Projek itu bakal memberi manfaat kira-kira 65,000 penduduk di situ serta pengguna SKVE dan ELITE, dari arah Bandar Saujana Putra.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619