PBT

MBSA lulus 1,187 petak niaga bazar Ramadan tahun ini

2 Feb 2023, 8:28 AM
MBSA lulus 1,187 petak niaga bazar Ramadan tahun ini
MBSA lulus 1,187 petak niaga bazar Ramadan tahun ini

SHAH ALAM, 2 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meluluskan sebanyak 1,187 permohonan petak bazar Ramadan di 25 lokasi tahun ini, maklum Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya.

Ketuanya Shahrin Ahmad menjelaskan masih terdapat 94 kekosongan petak untuk dimohon dan peniaga yang berminat boleh membuat rayuan untuk diteliti pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

[caption id="attachment_338899" align="alignleft" width="288"] Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad. Foto ARKIB SELANGORKINI[/caption]

"Kita mohon peniaga bazar Ramadan nanti dapat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan dan sentiasa memakai pelitup muka," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, taklimat kepada peniaga berhubung peraturan dan syarat berniaga semasa bulan Ramadan juga akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Lokasi bazar Ramadan sekitar MBSA meliputi Seksyen 6 hingga 8, Seksyen 16 hingga 20, Seksyen 24 hingga 28, Seksyen 35, Seksyen U2, U3, U5, U8, U10, U13, dan U20.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1762, 1486, 1699, 1317 atau 1366.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619