AGENDA

Lebih 500 penduduk Sungai Tua serbu Jualan Ehsan Rakyat, beratur seawal 7 pagi

2 Feb 2023, 6:08 AM
Lebih 500 penduduk Sungai Tua serbu Jualan Ehsan Rakyat, beratur seawal 7 pagi
Lebih 500 penduduk Sungai Tua serbu Jualan Ehsan Rakyat, beratur seawal 7 pagi

SELAYANG, 2 FEB: Lebih 500 pendududuk DUN Sungai Tua menyerbu program Jualan Ehsan Rakyat di Kampung Wira Damai di sini hari ini bagi mendapatkan barangan keperluan pada harga murah.

Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar A Rahim Kasdi berkata penduduk mula beratur mengambil nombor giliran seawal 7 pagi meskipun gerai jualan hanya dibuka pada 9.30 pagi.

“Mereka sanggup datang dua jam lebih awal kerana tidak mahu terlepas membeli barang dengan harga murah. Untuk pastikan penduduk tidak pulang tangan kosong, kita gunakan sistem giliran.

“Kita beri keutamaan 350 penduduk yang datang awal. Jika masih ada bekalan, kita akan teruskan dengan penduduk seterusnya. Kita tidak mahu mereka beratur tetapi bila sampai giliran, barangan sudah habis,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

[caption id="attachment_563925" align="alignleft" width="474"] Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar A Rahim Kasdi bercakap kepada Media Selangor ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Taman Ekstrim Gua Damai, Gombak pada 2 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Rahim berkata tiga produk utama iaitu ayam, telur dan minyak masak menjadi pilihan ramai penduduk kerana harganya yang murah selain mudah didapati berbanding pasaran tempatan.

Kerajaan Negeri meneruskan inisiatif jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor selama tiga bulan bermula 16 Januari bagi meringankan beban belanja penduduk.

Program melibatkan anggaran peruntukan hingga RM15 juta itu menawarkan ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619