PBT

MPHS tidak teragak ambil tindakan individu rosakkan kemudahan awam

2 Feb 2023, 5:27 AM
MPHS tidak teragak ambil tindakan individu rosakkan kemudahan awam

SHAH ALAM, 2 FEB: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak didapati merosakkan kemudahan awam yang disediakan pihaknya.

Menerusi kenyataan di Facebook, pihak berkuasa tempatan itu kecewa sikap segelintir individu meletakkan kenderaan dalam kawasan Stadium Mini Kuala Kubu Bharu hingga merosakkan permukaan padang dan trek balapan.

"Sikap pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab menyebabkan MPHS terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi kerja baik pulih.

"Tindakan ini menyusahkan pengguna lain yang ingin menggunakan kemudahan ini untuk tujuan riadah dan pelbagai aktiviti lain," katanya menerusi Facebook.

MPHS memaklumkan pihaknya sudah menyediakan tempat letak kereta berhampiran stadium itu untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing.

"MPHS tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak didapati merosakkan kemudahan awam milik MPHS yang sepatutnya dapat digunakan bersama oleh warga Hulu Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619