AGENDA

Jelajah bantu rakyat kembali pada 18 Februari, saji pengisian lebih padat

1 Feb 2023, 6:00 AM
Jelajah bantu rakyat kembali pada 18 Februari, saji pengisian lebih padat
Jelajah bantu rakyat kembali pada 18 Februari, saji pengisian lebih padat
Jelajah bantu rakyat kembali pada 18 Februari, saji pengisian lebih padat

SHAH ALAM, 1 FEB: Program Jelajah Selangor Penyayang (JSP) yang ditambah baik dengan memperkenal pelbagai inisiatif kembali membuka tirainya tahun ini pada 18 Februari.

Tanpa memperincikan lokasi penganjuran, Dato’ Menteri Besar berkata program jelajah itu akan diadakan dalam tempoh lebih pendek dengan pengisian yang lebih padat berbanding tahun lepas.

“Kali ini kita hanya anjurkan selama sehari sahaja berbanding tempoh dua hari sebelum ini. Tetapi kandungannya banyak dan tidak jauh berubah.

“Kita juga sasar untuk anjurkan JSP di setiap Parlimen sebelum akhir Jun ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

[caption id="attachment_545602" align="aligncenter" width="712"] Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan ke atas peserta ketika program Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Suleiman, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Program JSP mula dianjurkan pada Jun tahun lalu dan ia menyediakan pelbagai acara antaranya saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah, pameran dan acara sukan.

Jelajah yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebelum ini dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta bagi memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

[caption id="attachment_531998" align="aligncenter" width="730"] Pertandingan hoki ketika Jelajah Selangor Penyayang daerah Petaling di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619