AGENDA

Pembinaan pusat prasekolah anak istimewa di Rawang ringan beban ibu bapa, keluarga

31 Jan 2023, 12:00 AM
Pembinaan pusat prasekolah anak istimewa di Rawang ringan beban ibu bapa, keluarga
Pembinaan pusat prasekolah anak istimewa di Rawang ringan beban ibu bapa, keluarga
Pembinaan pusat prasekolah anak istimewa di Rawang ringan beban ibu bapa, keluarga
Pembinaan pusat prasekolah anak istimewa di Rawang ringan beban ibu bapa, keluarga

Oleh AZIAN AZIAN

RAWANG, 31 JAN: Pengumuman pembinaan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) di Rawang berita baik kepada ibu bapa dan penjaga golongan tersebut di kawasan ini terutama yang kurang berkemampuan.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata beliau berterima kasih kerana Rawang dipilih antara lokasi pertama pembinaan pusat tersebut di luar bandar.

"Memang ada keperluan untuk pembinaan pusat prasekolah untuk anak istimewa ini kerana permintaannya tinggi tetapi perkhidmatan yang disediakan sedikit.

[caption id="attachment_445229" align="aligncenter" width="569"] Chua Wei Kiat[/caption]

"Bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa yang tiada tempat untuk menghantar anak istimewa mereka," katanya ketika dihubungi semalam.

Wei Kiat juga berharap agar inisiatif Kerajaan Negeri itu akan memberi motivasi kepada syarikat swasta untuk menubuhkan pusat jagaan percuma kepada anak-anak istimewa.

Pada 27 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan Pusat Prasekolah AnIS yang diwujudkan awal tahun ini bakal dibina di kawasan luar bandar antaranya Rawang, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

[caption id="attachment_563519" align="aligncenter" width="768"] Kanak-kanak kelainan upaya mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif khas tanpa bayaran yuran itu bertujuan menjadikan Selangor sebagai negeri yang mesra dan sejahtera untuk didiami semua lapisan masyarakat.

Amirudin berkata pusat jagaan harian orang kelainan upaya (OKU) itu menerima kanak-kanak kategori lewat perkembangan (GDD), sindrom down, sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) yang lahir di Selangor berusia lima hingga enam tahun.

Pada 12 Januari, Amirudin melancarkan Pusat Prasekolah AnIS pertama yang ditubuhkan di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM1.25 juta.

[caption id="attachment_560452" align="aligncenter" width="747"] Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) di Seksyen 7, Shah Alam yang dirakam pada 21 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Dibina atas tanah seluas 42.7 kaki per segi dengan keluasan bangunan 4123.75 kaki persegi, pusat itu dilengkapi tiga kelas, ruang makan, surau, dapur, dua bilik guru dan pentadbiran, dua stor serta tandas untuk OKU.

Bangunan setingkat dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut mempunyai kawasan lapang yang sesuai bagi aktiviti luar kepada kanak-kanak selain taman permainan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619