AGENDA

Hijrah salur modal niaga RM749.63 juta, lebih 57,000 usahawan terima manfaat

30 Jan 2023, 1:00 PM
Hijrah salur modal niaga RM749.63 juta, lebih 57,000 usahawan terima manfaat
Hijrah salur modal niaga RM749.63 juta, lebih 57,000 usahawan terima manfaat

SHAH ALAM, 30 JAN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menyalur modal niaga bernilai RM749.63 juta membabitkan pelbagai skim pembiayaan sejak awal penubuhannya pada 2015.

Pengurus Promosinya Mohd Ridhwan Asmara berkata jumlah itu memanfaatkan seramai 57,492 usahawan seluruh negeri dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Kita banyak mengeluarkan modal perniagaan bagi skim i-Bisnes kerana ia antara pembiayaan yang menjadi pilihan usahawan.

“Pengeluaran pembiayaan ini membuktikan Hijrah benar-benar membantu dan dekat dengan usahawan bagi membantu perniagaan mereka,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_539370" align="aligncenter" width="718"] Tiga usahawan baharu Zero To Hero menerima alatan menjahit daripada syarikat peneraju selain ditawarkan pembiayaan perniagaan RM10,000 daripada Hijrah di Pejabat Cawangan Hijrah Puchong, di Subang Jaya Pada 2 September 2022. Foto Facebook Hijrah Selangor[/caption]

Sementara itu, beliau menjangkakan seramai 2,836 usahawan memohon pembiayaan tahun ini membabitkan peruntukan RM50 juta.

Belanjawan Selangor 2023 yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 25 November lalu memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Setakat ini, skim ditawarkan institusi pembiayaan itu kepada usahawan meliputi Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro, i-Bermusim dan i-Bisnes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619