AGENSI

PKPS permudah urusan penduduk berbelanja, dapatkan barangan asas murah

30 Jan 2023, 10:50 AM
PKPS permudah urusan penduduk berbelanja, dapatkan barangan asas murah

Oleh AZIAN AZIZ

RAWANG, 30 JAN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memberi kemudahan kepada orang ramai membuat pembelian ulangan pada program Jelajah Ehsan Rakyat di Kampung Melayu Pekan Rawang hari ini.

Pengurus Jualan dan Operasinya Izzul Fadhli Hamzah berkata pihaknya mengizinkan perkara itu agar semua 150 orang yang hadir boleh mendapatkan barang keperluan dalam program berkenaan.

"Program hari ini dijalankan pada hari bekerja dan walaupun jumlah yang hadir kurang tetapi ada antara mereka (yang bekerja) mewakilkan jiran untuk membeli barang dapur.

"Sebelum ini di lokasi lain pun kita benarkan ulang beratur dan selagi semua yang datang berpeluang untuk mendapatkan barangan ditawarkan," katanya ketika dihubungi.

Izzul Fadhli berkata barangan yang habis dijual adalah 300 papan telur, 500 ayam dan 300 kampit beras manakala lokasi jualan pula ditutup pada 1.15 petang.

Inisiatif jualan murah kendalian PKPS diteruskan sejak 16 Januari hingga Mac ini dan antara produk ditawarkan ialah ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619