AGENDA

Bantuan awal ringankan beban ibu bapa beli barangan persekolahan

30 Jan 2023, 1:09 AM
Bantuan awal ringankan beban ibu bapa beli barangan persekolahan
Bantuan awal ringankan beban ibu bapa beli barangan persekolahan
Bantuan awal ringankan beban ibu bapa beli barangan persekolahan
Bantuan awal ringankan beban ibu bapa beli barangan persekolahan

SELAYANG, 30 JAN: Bantuan awal sesi persekolahan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) meringankan beban khususnya ibu bapa yang mempunyai tanggungan ramai.

Zaharah Abd Manaf, 43, berkata sebagai ibu tunggal bantuan persekolahan yang diterimanya itu mengurangkan perbelanjaan persekolahan empat anaknya yang masih bersekolah.

[caption id="attachment_563366" align="alignleft" width="302"] Zaharah Abd Manaf, 43 Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Sebagai ketua keluarga yang mempunyai empat orang anak masih bersekolah pastinya bantuan awal persekolahan ini meringankan beban dalam membeli barangan persekolahan," katanya.

Beliau ditemui pada program penyampaian bantuan Tawas di Dewan Rakyat Batu Caves di sini semalam yang disampaikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, jururawat, X Chenthamarai, 46, berkata permohonan untuk bantuan Tawas mudah dan cepat.

"Anak kedua saya penerima bantuan Tawas sebelum ini dan mungkin disebabkan pernah memohon prosesnya mudah.

[caption id="attachment_563367" align="alignright" width="269"] X.Chenthamarai, 46 Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Bantuan ini sangat membantu dan anak juga gembira apabila dimaklumkan dapat beg sekolah," katanya.

Sementara itu, jurujual, Jerome, 37, berkata ini merupakan bantuan persekolahan pertama yang diterima anak sulungnya.

"Sudah pasti bantuan ini meringankan beban kerana isteri tidak bekerja dan anak kedua akan bersekolah.

[caption id="attachment_563368" align="alignleft" width="282"] Jerome, 37 Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Walaupun saya sudah membeli beberapa keperluan sekolah untuk anak termasuk beg ia masih boleh digunakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619