AGENDA

Jelajah JobCare diteruskan tahun ini, lebih banyak syarikat tawar kerja pelbagai sektor

28 Jan 2023, 6:11 AM
Jelajah JobCare diteruskan tahun ini, lebih banyak syarikat tawar kerja pelbagai sektor
Jelajah JobCare diteruskan tahun ini, lebih banyak syarikat tawar kerja pelbagai sektor

SHAH ALAM, 28 JAN: Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) bakal diteruskan tahun ini untuk terus membantu rakyat mendapat pekerjaan, kata EXCO pemberdayaan pekerja.

V Ganabatirau berkata penganjuran pada tahun ini akan melibatkan lebih banyak syarikat yang mampu menawarkan pekerjaan dalam pelbagai sektor.

“Kita akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan beberapa syarikat untuk memberi peluang kepada orang ramai memperoleh pekerjaan dalam bidang tertentu.

“Minggu depan kita akan panggil Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk menyusun jelajah ini,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_525109" align="aligncenter" width="712"] EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau (tengah) melawat kaunter syarikat yang menyertai Jelajah Jobcare anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Perdasama di Tanjung Karang pada 11 Jun 2022. Foto Facebook UPPS[/caption]

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19 memperoleh pekerjaan.

Tahun lalu, Jelajah JobCare yang merupakan inisiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) diadakan di sembilan daerah bermula 26 Februari dimulakan di daerah Klang.

Program dengan kerjasama Perkeso disertai lebih 15 syarikat tempatan dan menawarkan hampir 3,000 peluang kerja dalam pelbagai sektor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619