PBT

MPAJ bersihkan 13 tapak sampah haram di DUN Teratai, pesalah berdepan tindakan tegas

28 Jan 2023, 4:56 AM
MPAJ bersihkan 13 tapak sampah haram di DUN Teratai, pesalah berdepan tindakan tegas

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 28 JAN: Sekurang-kurangnya 13 tapak sampah haram sekitar Dewan Undangan Negeri Teratai dibersihkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) setakat ini.

Ketua bahagian perhubungan awam dan sekretariat MPAJ berkata pemantau diteruskan selain pita kuning dan kain rentang amaran turut dipasang di setiap lokasi bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

"Tayar terpakai, palet kayu, sisa dapur, sampah kebun dan perabot antara sampah yang ditemui di bahu jalan, simpang masuk kawasan perumahan, tiang elektrik dan bawah pokok.

"Longgokan sampah di kawasan sebegini boleh menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk serta persekitaran awam," kata Norhayati Ahmad dalam kenyataan semalam.

Norhayati berkata tindakan tegas bakal diambil bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 4, UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPAJ 2007.

"Penduduk dan pemilik premis perniagaan juga diingatkan supaya menyediakan tong sampah bertutup yang mencukupi dan hendaklah diselenggara dalam keadaan yang baik.

"Sekiranya pemilik kediaman atau premis perniagaan gagal berbuat demikian, kompaun RM1,000 boleh dikenakan atas kesalahan bawah UUK yang sama," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619