AGENDA

Sultan Selangor perkenan sidang DNS terakhir pada 14 Mac - Speaker

27 Jan 2023, 2:32 PM
Sultan Selangor perkenan sidang DNS terakhir pada 14 Mac - Speaker

SHAH ALAM, 27 JAN: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) bagi penggal ke-14 tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu bermula 14 Mac depan.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim, berkata pembukaan sidang DNS kali terakhir untuk penggal ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat termasuk pemeriksaan kawalan kehormat dan istiadat santapan.

“Persidangan kali ini dilaksana seperti yang dijadualkan dan mendapat perkenan Sultan Selangor untuk istiadat pembukaan.

"Perbincangan ahli dewan akan berdasarkan titah ucapan Baginda yang akan menyentuh berhubung isu-isu di Selangor ini dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Ng berkata notis makluman berkenaan pembukaan Sidang DNS dihantar kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) bermula hari ini.

Katanya, ADN Sungai Tawar (Umno-BN) Datuk Rizam Ismail kekal sebagai Ketua Pembangkang Selangor namun ia tertakluk kepada perbincangan yang akan menyusul kemudian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619