SELANGOR

Dua pengawal keselamatan didakwa bunuh lelaki di Banting

27 Jan 2023, 6:31 AM
Dua pengawal keselamatan didakwa bunuh lelaki di Banting

KUALA LANGAT, 27 JAN: Dua pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, dua minggu lepas.

Ishardy Shamudin, 41, dan Muhammad Yazzid Mohd Yusoff, 31, dituduh membunuh M Saravana Kumar, 24, di tepi Jalan Haji Wahab, Kampung Olak Lempit antara pukul 10 hingga 11 malam pada 11 Jan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ermadieyani Ismadi manakala Ishardy diwakili peguam Nik Muhammer Hurrie Muhamad Sukri dan peguam R Sritheran mewakili Muhammad Yazzid.

Majistret Khairul Farhi Yusob menetapkan 27 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Pada 19 Jan lepas, Bernama melaporkan polis menahan dua pengawal keselamatan dipercayai memukul seorang lelaki hingga mati dalam pergaduhan berhampiran sebuah kedai runcit.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619