EXCO

Negeri laksana pelbagai inisiatif bantu usahawan, galak teroka peluang baharu

27 Jan 2023, 3:33 AM
Negeri laksana pelbagai inisiatif bantu usahawan, galak teroka peluang baharu

SHAH ALAM, 27 JAN: Kerajaan Negeri akan terus memberi dorongan kepada usahawan Selangor menerusi pelbagai insiatif ke arah meningkatkan produktiviti mereka.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata usahawan juga perlu menetapkan azam untuk lebih maju ke hadapan dan bersedia mengambil peluang mencuba perkara baharu dengan keluar daripada zon selesa.

"Terlalu lama dalam zon selesa akan membuatkan kita cepat berpuas hati dan leka malah lambat untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.

"Tetapkan sasaran tahun ini untuk lebih maju ke hadapan dan bersedia mengambil peluang mencuba perkara baharu dengan keluar dari zon selesa," katanya di Facebook.

Beliau berkata semalam, seramai 97 peserta hadir pada program Latihan Strategi Menang 2023 anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

"Ia berkongsi pelbagai tips dan teknik bagi mempersiapkan peserta ke medan perniagaan di luar sana nanti," katanya.

Sebelum ini, Rodziah berkata pelbagai inisiatif turut dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti pemasaran dan hasil jualan usahawan mikro di negeri ini.

Antaranya termasuk program latihan, peningkatan pembungkusan produk dan promosi produk usahawan mikro dalam usaha memperkasa golongan usahawan.

Selain itu, kerjasama antara agensi persekutuan, negeri dan swasta turut dilaksana bagi membantu program latihan serta promosi produk usahawan Selangor di dalam dan luar negara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619