ADN

Bantuan kembali ke sekolah manfaat 300 pelajar DUN Taman Medan

26 Jan 2023, 3:16 PM
Bantuan kembali ke sekolah manfaat 300 pelajar DUN Taman Medan

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 26 JAN: Seramai 300 pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerima sumbangan bantuan kembali ke sekolah, kelmarin.

Wakil rakyatnya Syamsul Firdaus Mohamed Supri berkata setakat ini lebih 159 baucar telah diserahkan manakala baki akan disampaikan pada Februari.

"Lebih 159 baucar bernilai RM 100 telah disampaikan kepada pelajar-pelajar sekitar DUN Taman Medan, baki lagi 141 pula kita jangka akan selesai pada Februari nanti.

"Keseluruhan 300 pelajar akan menerima manfaat baucar sebagai persediaan ke sekolah Mac nanti," katanya.

Beliau menambah, penerima merupakan anak kepada ibu bapa atau penjaga yang juga pengundi DUN Taman Medan gembira dengan sumbangan diberi Kerajaan Negeri itu.

"Penerima adalah anak kepada ibu bapa atau penjaga yang merupakan pengundi DUN Taman Medan dan rata-rata mereka amat mengalu-alukan sumbangan baucar tersebut," katanya lagi.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM1.68 juta menerusi Program Kembali ke Sekolah (Back To School) tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619