AGENDA

Kompleks Sukan Shah Alam bertaraf dunia, jadi kebanggaan rakyat Selangor

26 Jan 2023, 8:31 AM
Kompleks Sukan Shah Alam bertaraf dunia, jadi kebanggaan rakyat Selangor
Kompleks Sukan Shah Alam bertaraf dunia, jadi kebanggaan rakyat Selangor

SHAH ALAM, 26 JAN: Pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan kemudahan bertaraf dunia seharusnya menjadi kebanggaan rakyat khususnya pemain bola sepak Selangor.

Presiden Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan berkata ia berikutan tiada stadium seumpamanya yang pernah dibina di negara ini.

"Sebagai bekas pemain kebangsaan, saya rasa stadium ini dibina khusus untuk Selangor dan merupakan bertaraf dunia.

"Tiada lagi stadium di Malaysia ini setanding dengannya. Rakyat dan pemain seharusnya berbangga," katanya kepada Selangorkini hari ini.

[caption id="attachment_562816" align="alignleft" width="500"] Pengurus Besar Unit Projek Khas MBI, Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz mendengar taklimat ringkas daripada Presiden Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB),Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan pada sesi libat urus untuk pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam di SACC Mall, Shah Alam. pada 26 Januari 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu meluangkan masa menghadiri hari pertama sesi libat urus awam KSSA di pusat beli belah SACC Mall, di sini.

Sesi libat urus awam projek pembangunan itu akan dibuka sehingga 10 Februari hadapan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Dell Akbar berkata stadium baharu yang akan dibina dalam KSSA tidak memiliki trek larian dan penonton akan mendapat suasana sebenar permainan bola sepak seperti di Eropah.

"Stadium ini tiada trek larian dan penonton akan lebih rapat dengan padang. Biasanya kita akan melihat pemandangan seperti ini di stadium terkenal di luar negara sahaja," katanya.

Dato’ Menteri Besar sebelum ini memberitahu projek KSSA akan dilaksana secara perkongsian awam-swasta dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menanggung kos pembangunan tanpa menggunakan dana awam.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembangunan semula KSSA termasuk stadium negeri akan bermula pada suku pertama tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619