AGENSI

LZS terima zakat perniagaan RM600,000 daripada Alliance Islamic Bank

26 Jan 2023, 8:04 AM
LZS terima zakat perniagaan RM600,000 daripada Alliance Islamic Bank

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan berjumlah RM600,00 daripada Alliance Islamic Bank Berhad semalam.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook berkata sesi penyerahan dibuat di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13 di sini.

"Zakat diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Rizal Il-Ehzan Fadhil Azim kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

"Semoga dengan zakat ini kita dapat bantu lebih ramai asnaf di luar sana. Insya-Allah," kata kenyataan itu.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Syariah Prof. Dr. Muhamad Rahimi Osman, Ketua Jabatan Syariah Mohammad Shidek Nazaran dan Pegawai Jabatan Syariah Muhammad Syamim Nafis Jamil.

Alliance Islamic Bank merupakan antara syarikat korporat pertama yang membayar zakat perniagaan tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619