AGENDA

Masters Indonesia: Tze Yong, Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua

25 Jan 2023, 11:07 AM
Masters Indonesia: Tze Yong, Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Perseorangan lelaki utama negara Ng Tze Yong melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Hans Kristian Vittinghus di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Tze Yong yang menghuni ranking ke-28 dunia tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain di kedudukan ke-34 dunia itu dengan kemenangan straight set 21-7, 21-14 dalam tempoh 36 minit.

Pemain berusia 22 tahun itu, bagaimanapun bakal berdepan ujian getir selepas dijadual menentang pemain ranking ke-12 dunia, Lakshya Sen dari India pada pusingan kedua esok.

Dalam pada itu, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mencipta kemenangan selepas mengetepikan cabaran beregu senegara Boon Xin Yuan-Wong Tien Chi 21-14, 21-9 dalam tempoh 30 minit.

Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni kedudukan kedua dunia, sekali gus berpeluang menebus kekalahan di tangan beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada Terbuka India 2023 pada minggu lepas, apabila masing-masing akan bertemu pada pusingan kedua esok.

Wei Keng-Chang melangkah ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 22-20.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619