AGENSI

Boling persahabatan erat kerjasama KDEBWM, MPAJ

25 Jan 2023, 8:55 AM
Boling persahabatan erat kerjasama KDEBWM, MPAJ

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 25 JAN: Pertandingan boling persahabatan anjuran KDEB Waste Management (KDEBWM) cawangan Ampang Jaya bersama Jabatan Sisa Pepejal (JPSPPA) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Wangsabowl, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Program Jalinan Mesra julung kali diadakan selepas lebih lima tahun KDEBWM mengambil alih perkhidmatan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan MPAJ mampu membentuk kerjasama erat antara dua agensi.

"Kita harap program ini menjadi satu platform dan jambatan bagi mengeratkan silaturahim dan membentuk kerjasama dua hala yang lebih baik pada masa hadapan," kata Pengarah Urusan KDEBWM Dato' Ramli Mohd Tahir.

Sebanyak 15 pasukan terdiri daripada gabungan kakitangan dua agensi bertanding dengan melibatkan 60 peserta.

Pasukan Kampung Pandan meraih juara keseluruhan manakala Bunga Tanjung dianggotai Ramli bersama Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim di tempat kedua dan Bunga Melur (ketiga).

Juara individu keseluruhan lelaki dimenangi Hairman Sulaiman daripada KDEBWM manakala Setiausaha MPAJ Julaihah Jamaludin (wanita).

Kesemua pasukan menerima hadiah berupa pingat sementara pemenang kategori individu mendapat pingat dan set penjagaan diri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619