ad
AGENDA

Ditahan guna lorong kecemasan, beri alasan mahu buang air kecil

25 Jan 2023, 2:57 AM
Ditahan guna lorong kecemasan, beri alasan mahu buang air kecil

SHAH ALAM, 25 JAN: Ingin cepat sampai di hentian untuk membuang air kecil antara alasan pemandu yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan semalam.

Kebanyakan pengguna yang tidak mengetahui tindakan mereka dirakam dron polis yang membuat pemantauan sempena Tahun Baharu Cina tidak berpuas hati apabila disaman, lapor Harian Metro.

Ada juga pemandu yang tidak mengaku menggunakan lorong kecemasan, namun terpaks akur selepas ditunjukkan bukti video dan gambar kenderaan mereka melakukan kesalahan itu.

Timbalan pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata kesalahan lain termasuk memotong barisan dan membawa muatan bahaya dengan 56 saman dikeluarkan.

"Kesalahan yang banyak dilakukan adalah menggunakan lorong kecemasan dan kami menyeru pengguna supaya berhati-hati di jalan raya dengan mematuhi peraturan lalu lintas," kata Asisten Komisioner Mohd Radi Abd Rahman.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.