AGENDA

Banjir: 35 individu terperangkap di tapak perkhemahan Tanjung Lompat

24 Jan 2023, 3:27 PM
Banjir: 35 individu terperangkap di tapak perkhemahan Tanjung Lompat

JOHOR BAHRU, 24 JAN: Keseronokan berkhemah di sebuah tapak perkhemahan di Daerah Kota Tinggi bertukar detik ngeri apabila kira-kira 35 orang terperangkap di Tanjung Lompat, susulan banjir, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penawar Masri Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.19 petang.

Susulan itu, sebuah jentera FRT dan sebuah Hilux bersama sembilan anggota dikejarkan di tempat kejadian bagi membantu mangsa banjir, kata beliau.

“Tebing saliran yang menjadi laluan utama keluar masuk ke tapak perkhemahan berkenaan runtuh akibat banjir sehingga menyebabkan aliran itu menjadi selebar 20 kaki (6.1 meter) sekali gus menutup laluan berkenaan menyukarkan kenderaan untuk keluar dari situ.

Pihak bomba kemudiannya membuka laluan alternatif berdekatan di sebuah hotel supaya kenderaan yang terperangkap boleh menggunakan jalan pantai untuk keluar jalan besar,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Masri berkata mangsa yang terdiri seramai 12 lelaki, 11 wanita, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan kemudiannya dinasihati berkemas dan pulang ke kediaman masing-masing.

Beliau berkata sebanyak 16 kenderaan yang terperangkap pada mulanya berjaya menggunakan laluan alternatif berkenaan.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.50 malam ini.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619