AGENDA

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah hingga Rabu

23 Jan 2023, 12:40 PM
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah hingga Rabu

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 7 malam ini, daerah yang terbabit di Johor ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran and Sandakan) dan Kudat (Pitas and Kudat).

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak dan Muar); Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak manakala di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Sandakan (Tongod).

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619