AGENDA

Tourism Selangor galak penglibatan komuniti dan agensi, perkasa pelancongan agro

23 Jan 2023, 3:45 AM
Tourism Selangor galak penglibatan komuniti dan agensi, perkasa pelancongan agro

SHAH ALAM, 23 JAN: Tourism Selangor menggalakkan penglibatan komuniti dan agensi bagi memperkasa pelancongan agro negeri ini, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Menurut Azrul Shah Mohamad pelancongan agro berasaskan komuniti mampu memacu ekonomi negeri selain memberi pengalaman menarik kepada pelancong.

“Pelancongan berasaskan komuniti dijangka meningkatkan industri ini dengan pembawakan konsep berbeza kepada pelancong bukan sahaja dari dalam negara malah luar negara.

“Ia juga dijangka meningkatkan ekonomi negeri khususnya bagi sektor pertanian, penternakan serta industri kecil dan sederhana," katanya menambah badan pelancongan negeri itu bekerjasama dengan 21 Hos Komuniti dan enam pihak berkuasa tempatan bagi program Hos Komuniti tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan beberapa lokasi berpotensi dibangunkan pelancongan agro antaranya Sungai Panjang Agro Tourism (SPAT), Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan dan Persatuan Kebajikan Rakyat Mukim Dengkil.

Tambahnya kawasan lain meliputi Inap Desa Sungai Sireh di Kuala Selangor, Homestay Haji Dorani dan Inap Desa Banghuris.

“SPAT yang dikelola Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda bertumpu kepada peningkatan sosioekonomi penduduk setempat khususnya golongan belia dan wanita di Sungai Panjang dan kawasan sekitarnya.

“Pelancong boleh merasai sendiri aktiviti berkonsepkan pelancongan berasaskan komuniti seperti lawatan ke kebun diusahakan lebih 25 pengusaha ladang komersial.

“Pada masa sama melawat kehijauan sawah padi dengan berbasikal dan menaiki trem atau menggunakan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) yang disediakan pengusaha inap desa berdekatan," katanya lagi.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM500,000 bagi pembangunan pelancongan agro di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang menjadi teras kepada sektor pertanian negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619