AGENSI

KDEBWM kutip 5,028 tan sampah pukal di tiga PBT sempena Tahun Baharu Cina

22 Jan 2023, 8:36 AM
KDEBWM kutip 5,028 tan sampah pukal di tiga PBT sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 22 JAN: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengutip sebanyak 5,028 tan sampah pukal dalam tempoh dua minggu di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata kutipan sampah pukal tersebut melibatkan 875 lokasi di Klang, Subang Jaya dan Shah Alam sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

'KDEBWM menjalankan kutipan pukal seperti biasa di setiap kawasan PBT, tetapi tong Roll On Roll Off (RORO) disediakan setiap musim perayaan. Fokus kutipan sampah pukal ialah di kawasan majoriti penduduk yang menyambut perayaan tersebut.

“Bagi ketiga-tiga kawasan ini, sejak awal Januari sebanyak 3,352 perjalanan dibuat dengan kumulatif berat kutipan sebanyak 5,028 tan,” katanya dihubungi SelangorKini.

Jelas Ramli, bagi sesetengah kawasan pula, PBT masing-masing yang menguruskan sendiri sampah pukal sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Perbincangan dibuat bagi mengenal pasti kawasan memerlukan kutipan pukal perayaan dan kita sentiasa memastikan dapat memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619