ADN

Penyelaras DUN Gombak Setia edar limau, angpau kepada 150 penduduk Tionghoa

21 Jan 2023, 8:08 AM
Penyelaras DUN Gombak Setia edar limau, angpau kepada 150 penduduk Tionghoa

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 21 JAN: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia bertemu dan beramah mesra dengan 150 penduduk Tionghoa di beberapa lokasi sekitar Gombak Setia kelmarin.

A Rahim Kasdi yang juga Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar turut mengedarkan buah limau dan angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada mereka.

"Saya ingin berpesan kepada penduduk Gombak Setia terutamanya keturunan Tionghoa yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan agar menjaga kesihatan diri dan keselamatan ketika di jalan raya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Rahim memberitahu lebih 400 penerima telah hadir ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Gombak Setia untuk mengambil baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2023.

"Sejak Kerajaan Negeri membenarkan penerima mengambil baucar tanpa mengikut tarikh lahir memang ramai yang datang ke Pusat Khidmat Rakyat dengan purata kehadiran 150 sehari.

"Diharap penerima SMUE akan memanfaatkan bantuan yang diberikan sebaik mungkin," tambahnya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619