AGENDA

50 penduduk sertai upacara hidupkan singa sempena Tahun Baharu Cina

21 Jan 2023, 5:10 AM
50 penduduk sertai upacara hidupkan singa sempena Tahun Baharu Cina

PETALING JAYA, 21 JAN: Hampir 50 penduduk Kampung Baru Sungai Way bertuah kerana dapat menyaksikan upacara hidupkan singa (eye dotting) pada Majlis Buka Mata Tarian Singa menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, esok.

Majlis tersebut disempurnakan wakil rakyat Kampung Tunku Lim Yi Wei di Koridor Sejarah Kampung Baru Dewan Serbaguna Sungai Way di sini.

Yi Wei berkata beliau berasa bangga kerana terpilih untuk menyempurnakan upacara 'eye dotting' di kepala singa baru milik Persatuan Tarian dan Singa Khuan Loke.

“Mengikut budaya Cina, upacara ini adalah untuk memberi kuasa kepada singa untuk membawa perlindungan, tuah, kesihatan dan kemakmuran, sebelum mereka memulakan persembahan esok,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Yi Wei menggunakan dakwat khas 'zhu-sah' berwarna merah yang dititikkan di atas mata singa tersebut.

Beliau menjelaskan kepala singa baru itu ditaja oleh bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dengan kos sebanyak RM18,000, termasuk baju penari dan pemain muzik.

Tarian Singa yang disebut 'Wu Shi' dalam bahasa Cina, adalah tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Tionghua yang dipersembahkan sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619