ADN

Wakil rakyat mohon PKPS adakan program jualan murah setiap minggu di Rawang

21 Jan 2023, 12:30 AM
Wakil rakyat mohon PKPS adakan program jualan murah setiap minggu di Rawang

SHAH ALAM, 21 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang akan memohon sebanyak mungkin slot bagi program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) susulan sambutan baik penduduk di kawasan berkenaan.

Wakil rakyat Chua Wei Kiat berkata pihaknya berharap Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dapat memberi sekurang-kurangnya satu slot setiap minggu.

"Sempena Tahun Baharu Cina, kita mendapat dua slot iaitu pada minggu ini dan minggu sebelumnya. Jadi penduduk terutama daripada golongan berpendapatan rendah memberi maklum balas program ini sangat membantu meringankan beban mereka.

"Susulan itu, pihak kami akan cuba mohon kepada PKPS untuk mendapatkan slot sekurang-kurangnya seminggu sekali di DUN Rawang," katanya ketika dihubungi.

Menerusi Jelajah Ehsan Rakyat ayam standard dijual RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 setiap pek), minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Program melibatkan 56 DUN itu bermula 6 September tahun lalu dan sepatutnya berakhir 6 Disember, namun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif itu disambung hingga Mac depan susulan sambutan menggalakkan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619